PENYELAMAT DUNIA

Friday, 20 March 2015
Sharing is caring...
Salam Damai Yesus Kristus beserta kita semua. Amen.
Shallllommmm,
saudara dan saudari..
Saya dah lama nak buka blog ini untuk perkongsian bersama dalam melayari hidup yang penuh cabaran ini.
Bagi saya, bukan mudah untuk menempuh hidup ini tanpa bantuan dari Tuhan kita Yesus Kristus sebagai sang penyelamat umat manusia.
Di waktu ku tersungkur, lemah, sakit dan berputus asa, hanya pada Tuhan tempatku mengadu segalanya.
Dia adalah kekuatan dan tempat luahan hatiku yang paling setia dan sangat baik.
Dalam hidup ini, ketahuilah bahawa hakikatnya tidak semua yang kita lalui itu adalah indah sepanjang masa, ada kalanya kita jatuh dan ada kalanya kita bahagia. Walau apapun yang terjadi, BERSYUKURLAH kepada Tuhan kita.
Bagiku DOA adalah kekuatan dan senjata yang sangat kuat dalam menangani apa jua masalah yang kita hadapi. Aku sering mengeluh dan mengadu tentang masalah kehidupan yang mendatang ini, namun dari doa yang dipanjatkan mohon kesabaran dan ketenangan dariNya, pasti diberikanNya kepada kita yang datang kepada dia.
Tuhan terima kasih Tuhan sebab Engkau penyelamatku yang kekal dan selamanya. Amen.
Berkatilah dan ampunilah kami anak-anak mu yang berdosa ini, bawa kami sentiasa dekat denganMu Tuhan.
Roh Kudus bantulah kami agar sentiasa menjadikan Tuhan NO 1 dalam hidup kami. Amen.
kiaraju.....
Subscribe to:
Posts (Atom)